Siri Hijrah Cinta – Istiqomah Itu Sunyi
A woman in a hijab gazing at the tranquil sea during sunrise, embracing peace.

Siri Hijrah Cinta

Istiqomah
Itu Sunyi

Sebuah ruang untuk hati yang sedang belajar bertahan dan kembali kepada Allah.

Lanjut

Dari hati pengasas

Kata Aluan Pengasas

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang masih memberi kita kesempatan untuk terus berjalan menuju-Nya. Ada hijrah yang disambut dengan air mata bahagia. Namun, ada istiqomah yang dilalui dalam diam, saat tiada siapa melihat lelahnya, saat hati diuji untuk terus bertahan, dan saat satu-satunya kekuatan hanyalah Allah. Siri Hijrah Cinta – Istiqomah Itu Sunyi hadir sebagai ruang untuk kita berhenti seketika, memeluk kembali hati yang mungkin telah lama penat dan mengingatkan diri bahawa jatuh bukan bererti kita gagal. Selagi hati masih mahu kembali, pintu Allah sentiasa terbuka. Semoga pertemuan ini menjadi asbab hati kembali kuat dan langkah kembali teguh. Kerana istiqomah mungkin sunyi, tetapi Allah tidak pernah meninggalkan.

Ayu Al Halim

Tujuan pertemuan

Objektif Program

  1. 1

    Memberi kefahaman bahawa istiqomah merupakan proses sepanjang hayat.

  2. 2

    Membantu peserta mengenali tanda-tanda futur dan cara mengatasinya.

  3. 3

    Memberi kekuatan emosi dan spiritual kepada peserta.

  4. 4

    Membina komuniti muslimah yang saling menyokong dalam perjalanan hijrah.

  5. 5

    Menggalakkan peserta memperbaharui hubungan dengan Allah SWT melalui muhasabah diri.

Tema utama

Istiqomah Itu Sunyi

Sebuah peringatan lembut bahawa langkah yang tidak dilihat manusia tetap bernilai di sisi Allah.

01

Terus Bertahan Walaupun Tidak Dipuji

Istiqomah menuntut kita terus melakukan kebaikan walaupun tiada siapa melihat, menghargai atau memuji usaha kita.

02

Tetap Melangkah Saat Hati Penat

Dalam perjalanan hijrah, ada masa kita diuji dengan rasa lelah, kecewa dan futur. Istiqomah adalah tentang memilih untuk terus kembali kepada Allah walaupun langkah terasa berat.

03

Allah Tahu Setiap Perjuangan Yang Sunyi

Tidak semua perjuangan perlu dilihat manusia. Air mata, doa dan usaha yang tersembunyi daripada pandangan manusia tetap diketahui Allah.

Perjalanan bersama

Tentatif Program

08.00 pagi

Pendaftaran Peserta

08.30 pagi

Zikir Al-Mathurat As-Sughra

09.00 pagi

Ucapan Aluan Penganjur

09.15 pagi

Slot 1: Aura Pesona Jiwa Panel – Zura Posdzi Moderator – Shazreeyana Shukri

10.15 pagi

Rehat & Lucky Draw

10.30 pagi

Slot 2: Istiqomah Itu Sunyi – Ramai yang mampu berubah. Tidak semua mampu kekal. Panel – Da’i Izzhar Nazri

12.00 – 12.30

Sesi Soal Jawab, Bergambar & Bersurai

Bersama pengisi program

Panel Siri Hijrah Cinta

Da'i Izzhar Nazri sedang menyampaikan ceramah

Panel

Da’i Izzhar Nazri

Istiqomah Itu Sunyi

Penceramah • Pendakwah • Penulis

Da’i Izzhar Nazri merupakan penceramah bertauliah, pendakwah dan penulis yang mempunyai latar belakang akademik dalam bidang Psikologi.

Beliau dikenali melalui pendekatan dakwah yang dekat dengan realiti kehidupan, menggabungkan aspek psikologi, spiritualiti dan pembangunan diri.

Penceramah Bertauliah MAIS & JAIM

Potret Zura Posdzi memakai hijab

Panel

Zura Posdzi (KZ)

Aura Pesona Jiwa

Founder BIDAURA • Usahawan • Brand Builder • Mentor Perniagaan

Norazura Md Posdzi atau KZ merupakan pengasas BIDAURA, jenama tempatan yang membawa aspirasi penjagaan diri, keyakinan dan kekuatan dalaman wanita.

Berpengalaman dalam branding, pemasaran dan pembangunan perniagaan, KZ turut berkongsi tentang keberanian bermula, membina keyakinan dan kekuatan menghadapi cabaran.

Bagi KZ, kejayaan bukan sekadar membina perniagaan, tetapi membina diri sepanjang perjalanan.

Kak Love memakai hijab hitam dan tersenyum

Moderator

Shazreeyana Shukri (Kak Love)

Personaliti Media • Usahawan • Inspirasi Hijrah

Shazreeyana Shukri atau lebih dikenali sebagai Kak Love, merupakan personaliti media dan usahawan yang melalui perjalanan perubahan dan penghijrahan dalam kehidupan.

Kisah serta pengalaman beliau menjadi inspirasi kepada wanita yang sedang melalui perjalanan hijrah dan istiqomah.

Pilih tempat anda

Harga Tiket

1 Pax

RM39

2 Pax

RM70

3 Pax

RM100

VIP Seat (terhad 20 pax, tempat duduk sahaja)

RM60

Penampilan bersama

Dress Code

Dark Brown & Nude

Pakaian sopan dan menutup aurat

۞

Penutup

Kerana Yang Dicari Bukan Sempurna, Tetapi Istiqomah

Istiqomah bukan tentang tidak pernah penat atau jatuh, tetapi tentang tahu bagaimana untuk kembali apabila hati mula jauh dan langkah mula goyah. Di sini, kita belajar mengenali futur, memperbaharui niat dan menemukan kembali kekuatan untuk terus melangkah. Ramai yang mampu berubah. Tidak semua mampu kekal. Maka, mari belajar untuk kekal.