Munajat Cinta 6.0

Dan Akhirnya,
Hati Itu Berdamai

“Ada luka yang tidak hilang, tetapi ada hati yang belajar untuk berdamai.”

ANJURAN BIDAURA × Gigi & Jiwa Podcast SORA SPACE, Johor Bahru 14 November 2026

Kembali mendekat,
kembali berdamai.

✦ ✦ ✦

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang masih memberikan ruang dan kesempatan untuk kita kembali mendekatkan diri kepada-Nya. Munajat Cinta 6.0 merupakan sebuah perjalanan jiwa agar setiap wanita mampu menemukan semula ketenangan dalam setiap takdir yang Allah tentukan. Hati yang sentiasa kembali kepada Allah akan belajar menerima, memaafkan dan akhirnya berdamai. Semoga setiap langkah ke program ini menjadi asbab perubahan, ketenangan dan rahmat daripada Allah SWT.

Dr. Anis Zulkarnain & Puan Zura Pengasas HANA BIDAURA × Gigi & Jiwa Podcast

Objektif Program

  1. 01

    Membantu peserta memahami makna reda dan berdamai dengan takdir Allah.

  2. 02

    Menjadi ruang yang selamat untuk pemulihan emosi dan pengukuhan kerohanian.

  3. 03

    Memberikan panduan Islam dalam menghadapi kehilangan, kekecewaan dan ujian kehidupan.

  4. 04

    Membina semula keyakinan diri serta harapan untuk meneruskan kehidupan.

  5. 05

    Mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan wanita melalui komuniti yang saling menyokong dan menginspirasi.

Dan Akhirnya,
Hati Itu Berdamai

Berdamai bukan bermaksud melupakan. Berdamai bukan juga bererti luka itu sudah tiada. Tetapi berdamai adalah saat hati menerima bahawa setiap ketentuan Allah membawa hikmah yang lebih besar daripada apa yang mampu difahami oleh manusia.

Tentatif Program

Satu pagi yang dirancang dengan ruang untuk tenang, menghayati dan kembali menguatkan hati.

8.00 pagi

Pendaftaran Peserta

8.30 pagi

Zikir Munajat & Selawat Pembukaan

9.30 pagi

Slot 1 Daie Izzhar — “Berdamai Dengan Takdir Allah”

11.00 pagi

Rehat Minum Pagi & Lucky Draw

11.30 pagi

Slot 2 Coach Za (Norzakiah) — “Pulih dan Bangkit Semula”

1.00 tengah hari

Rumusan Moderator Doa Penutup · Makan Tengah Hari · Bersurai

Bersama-sama Kita

Panel Jemputan

Da'i Izzhar

Panel Jemputan

Daie Izzhar

Berdamai Dengan Takdir Allah

Mengupas bagaimana seorang Mukmin menerima setiap ketentuan Allah dengan hati yang penuh yakin, sabar dan reda.

Coach ZA

Panel Jemputan

Coach Za (Norzakiah)

Pulih dan Bangkit Semula

Sesi membimbing peserta memahami proses pemulihan emosi, membina semula keyakinan diri dan meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.

Dr. Anis

Moderator

Dr. Anis Zulkarnain

Founder Klinik Pergigian Avisienna Pengasas HANA by BIDAURA Host Gigi & Jiwa Podcast

Program ini untuk siapa?

Jika ada satu sahaja yang kena dengan diri anda, mungkin ini masa untuk hadir.

  • Anda sedang mencari ketenangan dalam diri
  • Anda mahu belajar mengurus emosi dengan lebih baik
  • Anda mahu memperbaiki hubungan dengan orang tersayang
  • Anda rasa diri anda mempunyai potensi yang belum digali
  • Anda mahu hidup dengan lebih bermakna
  • Anda perlukan ruang untuk berhenti, refleksi dan kembali menguatkan diri

Tiket

Gold

RM269

  • Seat hadapan
  • Voucher pemeriksaan gigi & fluoride treatment di cawangan Avisienna bernilai RM100
  • Sarapan pagi
  • Cenderahati eksklusif bernilai RM100
  • Lucky draw

Silver

RM199

  • Normal Seat
  • Voucher pemeriksaan gigi & fluoride treatment di cawangan Avisienna bernilai RM100
  • Sarapan pagi
  • Cenderahati standard
  • Lucky draw

Penutup

“Dan akhirnya,
hati itu berdamai...”

Bukan kerana semua luka telah hilang. Bukan kerana semua persoalan telah terjawab. Tetapi kerana hati telah belajar menerima bahawa setiap perjalanan hidup berada dalam aturan Allah yang Maha Bijaksana. Semoga setiap peserta pulang dengan hati yang lebih dekat kepada Allah, lebih kuat menghadapi kehidupan dan lebih yakin bahawa setiap luka juga mampu menjadi jalan menuju syurga.

“Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah Ar-Ra'd: 28)

FAQ

SORA SPACE JB — No. 26, Jalan Ekoperniagaan 3/5, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim.

Peserta digalakkan hadir lebih awal bagi melancarkan proses pendaftaran dan mendapatkan tempat dengan selesa.

Peserta hanya perlu hadir ke kaunter pendaftaran dan menunjukkan tiket atau bukti pendaftaran.

Tema pemakaian ialah Pink, Green atau Cream. Hadir dengan pakaian yang selesa, sopan dan menutup aurat.

Ya. Peserta boleh menggunakan kemudahan parking yang disediakan di kawasan venue.